- Bola 1
- Keretapi 2
- Meja 3
- Straw 4
- Kereta 5
Cikgu Ana Ajar
Saturday, June 7, 2014
kuiz Inersia
Objek yang berat mempunyai lebih daya inersia. Antara 5 objek dibawah , yang manakah mempunyai lebih daya inersia? Gariskan jawapan dengan nombor yang sesuai. Nombor satu bermakna kurang daya inersia manakala nombor lima mempunyai lebih banyak daya inersia.
Friday, June 6, 2014
Siapa yang memperkenalkan Inersia?
Setelah kita mengetahui apa itu Inersia, mari kita mengenali siapa yang memperkenalkan Inersia.
Beliau ialah Galileo Galilei (1564-1642) , seorang ahli astrnomi dan fizik berbangsa Itali dan memperkenalkan idea inersia ini dalam kurun 1600an. Sir Isaac Newton , saintis British, kemudiannya menjadikan hukum inersia ini sebagai salah satu dari hukum fiziknya..
Galileo Galilei
(1564-16420
Galileo sering membayangkan sebiji bola yang sempurna bulatnya bergolek di atas cerunan yang sempurna licin permukaanya. Beliau berkata, andainya kita boleh menghilangkan sebarang bentuk geseran, bola akan bergerak lebih cepat dan pantas. untuk mengerakkan bola keatas, bola mestilah ditolak atau ditarik, atau dengan kata lain mesti ada daya yang mengerakkan bola itu keatas.
Seandainya tiada langsung geseran, bola yang bergerak diatas lantai yang rata akan bergerak tanpa berhenti dengan sendirinya..
**Tahukah Anda?
Galileo dilahirkan di Pisa, Itali dimana terletaknya menara condong Pisa. (Menara condong Pisa ialah salah satu dari tujuh benda Ajaib didunia ).
Untuk membuktikan teorinya, Galileo dikatakan telah menjatuhkan bebola peluru meriam dan bebola kayu dari menara tersebut.
Menara Condong Pisa
Yang pastinya cerita ini hanyalah cakap-cakap kosong (rumor) yang tidak tepat. Bebola itu terlalu berat untuk diangkut hingga ke puncak menara!!
0
Apa itu inersia
Apa itu inersia?
Dalam post cikgu sebelum ini kita telah melakukan dua ujikaji yang kita kaitkan dengan inersia.
Inersia ialah segala bentuk objek adalah dalam keadaan semulajadinya cenderung untuk menentang sebarang perubahan kepada keadaan atau bentuk asalnya, samada objek dalam keadaan pegun atau dalam keadaan bergerak.
Dalam ertikata lain, sesuatu objek akan sentiasa tetap dalam keadaan asalnya sehingga ada daya/kuasa yang mengubahnya. Bagi objek yang tetap atau pegun akan sentiasa pegun dan sebaliknya bagi objek yang bergerak akan sentiasa bergerak dalam kelajuannya secara tetap. Inilah yang dikatakan hukum Inersia..
Keadaan yang tetap ini akan berubah apabila ada satu daya yang cuba mengatasinya. Contohnya sebiji bola yang bergolek..sebenarnya bola itu sentiasa bergolek dalam kelajuan yang tetap tetapi ia akan menjadi semakin perlahan kerana terdapat satu daya yang menentang inersianya..Daya ini dinamakan geseran.
Bagi bola yang tidak bergerak pula, kita memerlukan daya yang lebih kuat dari inersia bola itu untuk menggerakkan bola tersebut. Satu cara menentang inersia bola ini ialah dengan menendangnya!. Sekiranya daya tendangan itu tidak cukup kuat maka bola itu akan tetap pada kedudukkan asalnya.
Tahukah anda bagaimana ahli silap mata membuat persembahan dengan menarik alas meja keluar tanpa menjatuhkan semua pinggan mangkuk diatasnya? Jawapannya mudah. Apabila kain alas meja direntap dengan pantas, ia tidak cukup daya untuk menentang inersia pinggan mangkuk itu. Maka kerana itulah pinggan mangkuk itu tidak bergerak.
Kereta juga mempunyai inersia. Ia merupakan objek yang besar dan berat jadi banyak daya diperlukan untuk menentang inersia kereta bagi menggerakkanya. Daya yang besar ini datangnya dari engin kereta itu.
*selain bola dan kereta, bolehkah anda fikirkan objek lain yang memerlukan daya untuk mengerakkanya dan dari mana daya itu datang?
Menjadi Ahli silap mata dengan inersia
inersia
ujikaji 2
Dalam ujikaji inersia sebelum ini kita telah mengetahui bagaimana inersia bekerja. Kali ini kita membongkar bagaimana ahli silap mata melakukan aksinya menggunakan inersia
tahap kesukaran : Mudah
peralatan:
Satu blok kayu
sehelai kertas
meja dengan permukaan yang licin dan bersih
dan pembaris
Cara-caranya
Dapatkan sebungkah blok kayu yang permukaan bawahnya agak rata. Bongkah kayu ini hendaklah mempunyai ketinggian lebih kurang lima kali lebih dari lebarnya
Ambil sehelai kertas. kertas ini hendaklah lebih besar atau lebar dari kaki blok kayu tersebut
letakkan bongkah diatas kertas tersebut dan pastikan ianya terletak berhampiran sisi meja. pastikan sebahagian lagi hujung kertas terkulai disisi meja..
pegang kertas di bahagian yang terkulai dan kemudian hayun pmbaris dengan pantas skeatas kertas menggunakan tangan yang sebelah lagi...
hahaha bravo..bungkah kayu masih berada diatas meja sementara kertas telah dilepaskan..
Selepas beberapa kali latihan, cuba ujikaji ini menggunakan bahan lain pula..selamat berjaya
Berhati-hati..JANGAN lakukan ujikaji ini menggunakan objek yang boleh pecah seperti kaca. Ia mungkin boleh menyebabkan luka..
Untuk lebih memahami sila tonton video dibawah yang disunting dari YouTube..
Selamat menonton...
Sunday, April 20, 2014
Inersia
Inersia
Ujikaji 1
Sebelum kita pergi lebih mendalam dalam mengetahui apa itu inersia, mari kita melakukan beberapa ujikaji mudah supaya kita lebih mudah memahami
Tahap kesukaran : Sangat Mudah
Peralatan
1. lima biji buah karom
2. meja licin dan rata
3. pembaris
Cara-caranya
Dapatkan meja yang licin dan rata. Pastikan tiada kain alas menutupi meja tersebut
Susun lima biji buah karom dengan lurus
Sekarang bersedia untuk beraksi!! Ambil pembaris letakkan secara merata di atas meja dan dengan pantas luncurkan pembaris sehingga mengetuk buah karom yang paling bawah sekali..
Kita akan dapati empat biji buah karom yang teratas akan kekal ditempatnya.
Pernahkah anda menyaksikan pertunjukkan ahli silap mata yang menarik keluar alas meja yang terdapat diatasnya pinggan mangkuk tetapi pinggan mangkuk itu masih kekal diatas meja?
Ini adalah disebabkan inersia. Ujikaji diatas menunjukkan bagaimana Inersia berlaku.
Sila ke post akan datang untuk ujikaji yang lebih menarik...
Subscribe to:
Comments (Atom)





