Friday, June 6, 2014

Apa itu inersia


Apa itu inersia?

Dalam post cikgu sebelum ini kita telah melakukan dua ujikaji yang kita kaitkan dengan inersia.

Inersia ialah segala bentuk objek adalah dalam keadaan semulajadinya cenderung untuk menentang sebarang perubahan kepada keadaan atau bentuk asalnya, samada objek dalam keadaan pegun atau dalam keadaan bergerak.

Dalam ertikata lain, sesuatu objek akan sentiasa tetap dalam keadaan asalnya sehingga ada daya/kuasa yang mengubahnya. Bagi objek yang tetap atau pegun akan sentiasa pegun dan sebaliknya bagi objek yang bergerak akan sentiasa bergerak dalam kelajuannya secara tetap. Inilah yang dikatakan hukum Inersia..

Keadaan yang tetap ini akan berubah apabila ada satu daya yang cuba mengatasinya. Contohnya sebiji bola yang bergolek..sebenarnya bola itu sentiasa bergolek dalam kelajuan yang tetap tetapi ia akan menjadi semakin perlahan kerana terdapat satu daya yang menentang inersianya..Daya ini dinamakan geseran.


Bagi bola yang tidak bergerak pula, kita memerlukan daya yang lebih kuat dari inersia bola itu untuk menggerakkan bola tersebut. Satu cara menentang inersia bola ini ialah dengan menendangnya!. Sekiranya daya tendangan itu tidak cukup kuat maka bola itu akan tetap pada kedudukkan asalnya.

Tahukah anda bagaimana ahli silap mata membuat persembahan dengan menarik alas meja keluar tanpa menjatuhkan semua pinggan mangkuk diatasnya? Jawapannya mudah. Apabila kain alas meja direntap dengan pantas, ia tidak cukup daya untuk menentang inersia pinggan mangkuk itu. Maka kerana itulah pinggan mangkuk itu tidak bergerak.

Kereta juga mempunyai inersia. Ia merupakan objek yang besar dan berat jadi banyak daya diperlukan untuk menentang inersia kereta bagi menggerakkanya. Daya yang besar ini datangnya dari engin kereta itu.

*selain bola dan kereta, bolehkah anda fikirkan objek lain yang memerlukan daya untuk mengerakkanya dan dari mana daya itu datang?


No comments:

Post a Comment